Jan 20, 2012

BARBIE dan cerita di sebaliknya :D


Assalamualaikum. Hai. sihat ? Okay. kita nak mulakan cerita untuk hari ni . ehem-ehem. Siapa suka BARBIE angkat tangan?Alaaa. . tak suka eh? Takpalah.Tapikan. ni la yang nak cerita ni. Kita suka sangat-sangat barbie. Bak kata orang
omputih . Hard -die fan. aicewahh. Tadikan kita baru ja tengok cerita barbie . kita tengok Barbie and The Princess CharmSchool . hohoho  Apa..? hampa kata kita ngada-ngada ? Biarlah. ,kisah pulak ? Okay dah dah stop mengarut. Hmmm. Sebenarnya kita suka Barbie nie sebab dia comel dan cantik. lepastu ada putera-2 HANDSOME. Lepas tu cerita dia pulak best. rugi wooo tak tengok ! Dan sebenarnya bukan kita ja peminat barbie yang terlebih umur.  tapi ramai lagi yang suka barbie yang lebih tua dari kita tau..! Contohnya . nenek kita la tu . Bila ada cerita Barbie ja dia mesti inform dekat kita dan kami akan tengok sama-sama. Bukan tu ja tau . 


Sebenarnya kita ni masa kecik berangan-angan nak jadi princess. So bila tengok barbie ni rasa macam dah masuk dalam dunia mereka pulak. Hampa pernah tak ada baju gaun yang kembang-kembang tu ? Kita pernah ada macam tu dulu waktu 6tahun. Masa kecik-kecik dulu kita selalu jadi flower girl dengan semua sepupu perempuan . lepas tu dimake up kan comel-comel. ikut pengantin . Sebenarnya rasa macam nak kembali pada zaman kecik-kecik dulu ja . Sememangnya kenangan yang tak boleh dilupakan.
Okay tak mau cerita panjang-panjang nanti hampa boring.. Sebelum tu nah kita nak share macam mana nak pujuk pasangan hampa yang sibuk merajuk tu :P  Assalamualaikum.
1.Terangkan perkara sebenar Adalah lebih mudah berkata benar dari berdusta. Ceritakan kepada si Dia apa yang berlaku pada anda dan tanya pada si Dia kenapa dia merajuk. Berterus teranglah (baca tentang 5 Tips Dalam Berpasangan) dalam perhubungan anda. Janganlah berselindung. Dengan mengwujudkan budaya bertanya dan berkata benar ini, dapat mengeratkan perhubungan kerana, anda mengambil berat si Dia. Ini juga bermaksud anda menunjukkan bahawa anda menyayangi dia.   
2. Bertolak ansurlah dan bijak dalam membuat keputusan Memang sukar untuk kita bertolak ansur tetapi tidak bermakna kita kalah sekiranya kita mengalah. Dalam situasi sebegini, anda haruslah bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya si Dia merajuk dan anda tidak berjaya memujuknya, gunakan gaya anda yang tersendiri dalam memujuk hatinya. Dengan ini, anda kelihatan bijak dalam membuat keputusan. 
3. Ucapkan kata-kata “manis” Manis tidak semestinya manis bukan? Ketika si Dia tengah merajuk, cuba anda bergurau senda dengan dia dengan menggelarkan si Dia, “bucuk”, “comot”, “manja” dan sebagainya. Dalam pada itu, selit-selitkan ayat-ayat power anda dalam perbualan tetapi masih mengekalkan perkataan-perkataan manis seperti yang saya selalu digunakan.
4. Nyanyikan lagu buatnya Ha.tips ni merupakan bagi saya tips yang paling ultimate. Kalau ditanya, berapa ramai yang sanggup nyanyi untuk kekasihnya? Pernah tak anda menyanyikan lagu untuk kekasih anda? Mungkin jawapannya ramai yang mengatakan tidak.  Adakah si Dia akan tersenyum dan ketawa? Sudah pasti ya. Kerana dapat mendengar suara buah hatinya menghiburkan dirinya. Tidakkah ianya menggembirakan? Sudah pasti senyuman terukir di bibirnya.

#dah cukup sampai sini kami mengarut . babai . iloveyouuu . muah pipi kanan muahh pipi kiri ! :* 

No comments:

Post a Comment